Amalan Berbelanja Dalam Kalangan Pelajar

September 18, 2017 | Penulis: wanmustaffa | Kategori: N/A
Share Embed


Deskripsi Singkat

Description: Abstrak - Perbelanjaan wang yang berhemah oleh para pelajar amat penting bagi memastikan kejayaan pembelaja...

Deskripsi

Abstrak - Perbelanjaan wang yang berhemah oleh para pelajar amat penting bagi memastikan kejayaan pembelajaran mereka. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai sekiranya mereka menghabiskan wang berkenaan bukan untuk pembelajaran. Sehubungan dengan ini, tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti jumlah wang yang dibelanjakan bagi item yang berkaitan dengan perbelanjaan akademik dan bukan akademik serta untuk mengetahui perbezaan antara jantina, bidang pengajian dan tempat tinggal dengan jumlah wang yang digunakan bagi semua item perbelanjaan akademik dan bukan akademik dalam kalangan pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Kajian ini merupakan satu kajian kes. Sejumlah 200 orang pelajar semester akhir diambil sebagai responden kajian. Pengumpulan data dibuat menggunakan soal selidik. Analisis statistik dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Secara keseluruhan dapatan kajian mendapati bahawa pelajar PTSB banyak menghabiskan perbelanjaan mereka ke arah bukan akademik berbanding akademik. Faktor-faktor seperti jantina, tempat tinggal dan bidang pengajian pula tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kebanyakan item bagi belanja akademik dan bukan akademik.. Amalan perbelanjaan bagi pelajar adalah amat penting bukan sahaja untuk kejayaan dalam pendidikan, tetapi untuk kejayaan dan kualiti kehidupan mereka dan masyarakat setempat di masa hadapan. Kata Kunci : amalan berbelanja, kajian kes, Politeknik, Malaysia
Lihat lebih banyak...

Komentar

Hak Cipta © 2017 PDFDOKUMEN Inc.