MEDIA DAN PILIHAN RAYA : KAJIAN KES DI PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

October 5, 2017 | Penulis: fairus | Kategori: Critical Thinking, Job Interview, Employment, Leadership, Leadership & Mentoring
Share Embed


Deskripsi Singkat

Description: Kajian kes di pilihan raya kecil Permatang Pauh, Pulau Pinang bertujuan untuk mengetahui sejauh mana media...

Deskripsi

Kajian kes di pilihan raya kecil Permatang Pauh, Pulau Pinang bertujuan untuk mengetahui sejauh mana media massa memainkan peranan dalam proses demokrasi dan sebagai sumber maklumat kepada para penggundi dan mengkaji apakah faktor-faktor yang menentukan pemilihan calon/ parti dalam pilihan raya. Selain mengkaji isu-isu yang sering ditimbulkan semasa pilihan raya dan melihat tahap sikap pengundi dalam pilihan raya ini. Kajian yang menggunakan metod temu bual melibatkan 1228 responden terdiri daripada pengundi yang berdaftar dijalankan pada 16 Ogos, 2008 hingga 26 Ogos, 2008. Hasil kajian menunjukkan bahawa media komunikasi yang paling dipercayai dapat mempengaruhi pengundi dalam memilih calon pilihan raya kecil adalah sepanduk, pengumuman pembesar suara, surat layang, kempen berbentuk persembahan seperti nyanyian, billboard atau papan kenyataan, dan SMS/ MMS. Ternyata media kecil ini lebih bekesan menyampaikan maklumat setempat berkaitan dengan kempen pilihan raya berbanding dengan media massa utama terutama akhbar, televisyen dan radio. Manakala media yang kurang dipercayai pula terdiri daripada ceramah, risalah calon, majalah, poster calon, poster parti, risalah parti dan televisyen. Kajian juga menunjukkan bahawa seseorang pengundi mempunyai sebab tersendiri untuk menghadiri ceramah kempen yang dianjurkan oleh parti-parti yang bertanding. Mereka juga dipengaruhi oleh parti yang dianggotai yang sentiasa memastikan ahli-ahlinya mengikuti program kempen ceramah politik yang dijalankan dari masa ke semasa. Selain itu mereka juga menghadiri ceramah untuk mengisi masa lapang selain memenuhi tanggungjawab sebagai anggota parti dan memudahkan untuk membuat keputusan dalam mengundi calon yang bertanding. Isu-isu yang sering dibincang dan disampaikan dalam ceramah dan kempen pilihan raya kali ini adalah lebih berkaitan dengan soal kehakiman, keagamaan, kelemahan Barisan Alternatif, kekuatan Barisan Nasional, Suruhanjaya Pilihan raya, jasa-jasa Kerajaan Persekutuan, Islam Hadhari, isu wanita, isu berkaitan dengan komponen Barisan Nasional dan Barisan Alternatif. Manakala isu-isu yang paling sedikit dibincangkan adalah isu-isu lain, isu kes tuduhan liwat Dato Seri Anwar Ibrahim dan laknat sumpah dan isu kenaikan harga petroleum.
Lihat lebih banyak...

Komentar

Hak Cipta © 2017 PDFDOKUMEN Inc.